KOTA BHARU 28 April – Menjadi wakil rakyat termuda dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Kelantan bukan masalah besar buat Che Muhammad Asif Aisamuddin Cik Muhammad Sardi, 17, yang memang bercita-cita menjadi ahli politik. Pelajar tingkatan lima Maahad Yaakubiah, Nipah, Bachok ini adalah salah seorang daripada 45 orang Ahli Belia yang dilantik mewakili kawasan masing-masing dalam Sidang DUN Belia negeri ini. Che Muhammad Asif Aisamuddin yang mewakili DUN Tawang…










