JALAN Bukit Putus yang pernah mendapat jolokan laluan ‘berhantu’ sejak lebih 40 tahun lalu mencatat sejarah tersendiri apabila jalan baru sejauh 6.9 kilometer dibuka secara rasmi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 24 November 2009. Menurut Utusan Malaysia, yang melaporkan pembukaan jalan baru Bukit Putus itu, Mohamad Hassan yang lebih mesra dengan gelaran Tok Mat secara rasmi mengubah persepsi masyarakat dan sejarah mengenai misteri Bukit Putus…










