Tindakan Ozil baling jaket sebab kecewa - Emery - Utusan Malaysia

Tindakan Ozil baling jaket sebab kecewa – Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery memahami kekecewaan susulan kekalahan pasukan kepada Everton mendorong tindakan luar kawalan Mesut Ozil terhadap pengendali pasukan lawan, Marco Silva kelmarin.

Bagaimanapun, Silva menafikan Ozil mempunyai niat membaling jaket ke arahnya selepas berlaku pertikaian ekoran insiden Shkodran Mustafi dan Dominic Calvert-Lewin pada penghujung perlawanan ketika The Gunners tewas 0-1 di Goodison Park.

Situasi itu tercetus selepas Silva memprotes insiden dalam padang sehingga memasuki kawasan teknikal Arsenal sebelum pemain tengah antarabangsa Jerman yang berada di bangku simpanan membaling jaket ke arah barisan kejurulatihan pasukan tuan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mustafi melakukan terjahan lewat dan saya berpendapat dia perlu dilayangkan kad kuning.

“Perkara tersebut saya maklumkan kepada Silva yang sudah memasuki kawasan teknikal kami dan ia tidak menjadi satu masalah kepada saya,” kata Emery.

Bagaimanapun, Emery lebih bimbang mengenai persembahan buruk Arsenal di Goodison Park apabila jaringan tunggal Phil Jagielka sejak tahun 2017 menyebabkan skuad The Gunners kekal di kedudukan keempat carta EPL.

Emery berasa kesal kerana Arsenal gagal mengukuhkan kedudukan pada carta liga untuk berada di tangga ketiga susulan kekalahan tipis tersebut.

“Secara keseluruhannya kami beraksi dengan baik. Saya tidak fikir persembahan kami teruk, namun ia keputusan buruk dan bukan aksi terbaik tetapi kami berada di kedudukan keempat liga.

“Semua tahu bahawa Everton bakal memberikan tentangan hebat tetapi kami masih mempunyai peluang pada aksi berikutnya untuk terus berada dalam kelompok empat terbaik EPL,” kata Emery. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini