Tiga termasuk sarjan dan lans koperal polis ditahan rasuah - Utusan Malaysia

Tiga termasuk sarjan dan lans koperal polis ditahan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga individu termasuk dua anggota polis berpangkat sarjan dan lans koperal bagi membantu siasatan kes menerima suapan bernilai RM9,700.

Kedua-dua anggota polis yang masing-masing berusia 27 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan 6.20 petang semalam.

Manakala seorang lelaki berusia 45 tahun tersebut pula ditahan pada pukul 10.45 malam semalam semasa mereka memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua anggota polis tersebut telah menerima wang suapan sebanyak RM9,700 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki air ketum.

“SPRM sudah mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

“Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek  bermula semalam sehingga 15 April depan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Tuan Ruzaini Tuan Lah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini