TAMPIN – Tiga pelajar tahfiz masing-masing berusia 13 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dari pusat pengajian mereka di sebuah pusat tahfiz di Kampung Seri Repah dekat sini sejak lima hari lalu. Ketiga-tiga pelajar berkenaan dipercayai melarikan diri dari pusat tahfiz tersebut gara-gara khuatir akan didenda selepas perbuatan mereka menggunakan telefon bimbit diketahui oleh guru mereka. Bapa salah seorang pelajar tahfiz terbabit, Mahadhir Mat Lazim, 43, berkata, dia telah membuat laporan…










