LANGKAWI – Hasil bedah siasat ke atas mayat tiga beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut di sini semalam tidak menemui sebarang unsur jenayah. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, proses bedah siasat ke atas mangsa, Mohd. Nahar Shuhaimi, 39, dan isterinya, Noorsuhaila Hamat, 41, serta anak lelaki, Muhammad Nawfal, 6, dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar…










