PUTRAJAYA 5 April – Mahkamah Persekutuan hari ini memansuhkan satu peruntukan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang membolehkan “anggapan berganda” diguna pakai untuk mensabitkan seseorang tertuduh kerana mengedar dadah. Dalam keputusan yang bersejarah, panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum mengisytiharkan bahawa seksyen 37A Akta tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana melanggar Perkara 5(1) yang dibaca bersama Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 5(1) menyebut bahawa tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang manakala Perkara 8(1) menyatakan semua orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya