MADRID 27 April – Diego Simeone menegaskan mengakhiri saingan LaLiga di tempat kedua bukan satu kegagalan buat Atletico Madrid ketika bersaing dengan Barcelona dan Real Madrid. Atletico telah membuktikan mereka pencabar terhebat Barcelona musim ini tetapi pasukan kendalian Ernesto Valverde itu kini di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan. Begitupun, Atletico yang mendahului Real dengan kelebihan enam mata dalam saingan berbaki empat perlawanan lagi mungkin sukar digugat skuad Los Blancos, apatah…










