SHAH ALAM 1 April – Wanita Vietnam, Doan Thi Huong dihukum penjara tiga tahun empat bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan lelaki korea Utara, Kim Jong-nam, dua tahun lalu. Dengan hukuman tersebut, Thi Huong, 30, yang sebelum ini berhadapan tuduhan membunuh lelaki terbabit terselamat daripada tali gantung. Terdahulu, wanita tersebut mengaku bersalah atas tuduhan alternatif menyebabkan kecederaan terhadap Jong-nam menggunakan bahan berbahaya iaitu agen…










