Tempoh reman pegawai daerah dilanjut sehari - Utusan Malaysia

Tempoh reman pegawai daerah dilanjut sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Tempoh reman seorang pegawai daerah di negeri ini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan dakwaan kes menyalah guna kuasa dilanjutkan sehari lagi sehingga esok.

Permohonan lanjutan reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dibenarkan Hakim Nik Mohd. Tarmizi Nik Mohd. Shukri di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.

Kosmo! Online Selasa lalu melaporkan pegawai daerah tersebut ditahan reman selama enam hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan kes menyalah guna kuasa membabitkan projek pembangunan berjumlah RM266,349.18.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan tersebut disyaki dilakukan lelaki itu sewaktu menjawat jawatan Yang Dipertua sebuah majlis perbandaran di negeri ini pada tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini