LOS ANGELES 28 April – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah rumah ibadat komuniti Yahudi di California, menyebabkan seorang maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang ketua agama ketika mereka meraikan sambutan hari terakhir perayaan Passover. Insiden di pekan Toway itu berlaku genap enam bulan selepas seorang pelampau kulit putih menembak mati 11 jemaah di rumah ibadat Tree of Life, Pittsburgh, serangan terburuk ke atas komuniti Yahudi dalam sejarah…










