KUALA TERENGGANU 1 April – Institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri, Kolej Universiti TATI (TATIUC) menyediakan biasiswa penuh berjumlah RM3.1 juta untuk 200 pelajar yang layak mengikuti program asasi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat, pada tahun ini. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan kewangan dikenali sebagai Biasiswa Terengganu Sejahtera yang julung kali diperkenalkan itu membabitkan nilai RM11,045 sepanjang pengajian meliputi yuran dan penginapan kolej kediaman. Katanya, 100…










