Tahanan lolos dari lokap mahkamah berjaya ditahan semula - Utusan Malaysia

Tahanan lolos dari lokap mahkamah berjaya ditahan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang tahanan yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Bachok semalam, berjaya ditahan semula oleh polis berdekatan Jalan Tok Guru, di sini kira-kira pukul 5.45 petang tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Pokis Kontinjen (IPK) Kelantan ketika menunggang sebuah motosikal yang dipercayai dicuri di Bachok sebelum itu.

“Operasi mengesan tahanan itu dilancarkan selepas dia dikatakan melarikan diri dengan memecahkan siling dan atap bahagian atas lokap di mahkamah di Bachok. Orang Kena Tuduh (OKT) itu dibawa ke lokap mahkamah bagi sebutan kesnya yang dituduh di bawah Seksyen 15 (e) Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 1.10 petang semalam, seorang tahanan dikenali sebagai Dahalan Abdul Ghani melarikan diri dengan memecahkan siling dan atap bahagian atas lokap di mahkamah, dan Hasanuddin berkata polis membuat sekatan jalan raya dan operasi memburunya di seluruh kawasan di Bachok dan daerah lain.

“Kita sudah keluarkan arahan untuk mencari suspek di seluruh Bachok dan sekitar sebaik suspek berjaya meloloskan diri dan kali terakhir dia dilihat berpakaian baju T berwarna putih bergambar kartun dan berseluar gelap.

“Usaha polis akhirnya berhasil apabila lelaki itu berjaya ditahan semula tidak sampai 30 jam selepas lolos,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini