PUTRAJAYA 8 April- Tiada pengeluaran luar biasa berlaku di semua cawangan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di seluruh negara malah, jumlah pendeposit semakin bertambah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, semua urus niaga di kaunter Tabung Haji juga berjalan dengan lancar serta berada dalam keadaan terkawal. “Semua terkawal, saya juga dimaklumkan bahawa cawangan Tabung Haji ada menerima caruman pendeposit baharu. Terima kasih atas keyakinan yang diberikan kepada pengurusan baharu. “Saya ingin memberi jaminan kepada pendeposit baharu, kita bukan sahaja akan memastikan wang mereka selamat tetapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya