Swee Keat dilantik TPM Singapura - Utusan Malaysia

Swee Keat dilantik TPM Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 23 April – Singapura hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Heng Swee Keat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Mei ini.

Heng Swee Keat
Heng Swee Keat 

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura berkata, Swee Keat kekal sebagai Menteri Kewangan dan akan terus mempengerusikan Majlis Ekonomi Masa Hadapan serta Yayasan Penyelidikan Kebangsaan.

“Beliau akan dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri semasa ketiadaan Perdana Menteri,” jelas kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Teo Chee Hean dan S. Tharman akan melepaskan jawatan mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut PMO, kedua-dua mereka akan dilantik sebagai Menteri Kanan dan kekal sebagai anggota Kabinet.

Chee Hean akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Penyelaras Keselamatan Negara manakala S. Tharman dilantik semula sebagai Menteri Penyelaras Dasar Sosial.

S. Tharman akan terus menasihat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berhubung dasar ekonomi, menurut PMO. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini