KUALA LUMPUR 27 April – Ketua jurulatih skuad karate kebangsaan, Ali Reza Souleymani optimis atlet muda negara, S. Sureeya mampu bergelar jaguh dunia suatu hari nanti selepas mempamer aksi cemerlang dalam kempen Kejuaraan Karate Remaja Asia di Kompleks Sukan Likas, Sabah, hari ini. Sureeya cemerlang pada hari kedua kejohanan apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat kem karate negara selepas menewaskan wakil Kazakhstan, Saiid Akhadov dengan keputusan 11-3 dalam saingan akhir…









