SELEPAS sebulan diperhalusi, prosedur operasi standard (SOP) baharu aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang yang ditunggu-tunggu pelbagai pihak dijangka diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar. Sejak awal bulan ini, Jawatankuasa Eksekutif Penilaian bertungkus-lumus menambah baik draf SOP baharu itu sebelum ‘dimurnikan’ sektretariat terlibat. Draf SOP tersebut pada awalnya dimuat naik di portal Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli sejak 31 Mac…









