SEJAK saya mula-mula pandai membaca media, Singapura ialah satu jenama besar yang dikagumi. Sebaliknya Kuala Lumpur bak satu nama dalam kejiranan. Ia ada di situ, sebuah kota yang selalu mencetuskan berita, mudah dikunjungi, tetapi kurang gah jenamanya. Sebagai tanah jajahan British, Singapura ialah nama kedua selepas London yang wujud dalam imaginasi kebanyakan penduduk Malaya. Singapura menyerap minda saya melalui filem Singapura Di Waktu Malam, salah sebuah filem Melayu terawal dibikin…










