Snuker hampa tiada pusat latihan 

Snuker hampa tiada pusat latihan 

Thor Chuan Leong sudah berusia 38 tahun namun tenaganya masih diperlukan mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar menyediakan kemudahan tempat latihan kepada atlet negara.

Setiausaha Kehormat MSBF, Iskandar Perwira Putra Abdullah Sanggura berkata, selepas tempat latihan ditutup pada 2007, atlet snuker negara terpaksa berlatih secara sendirian.

Iskandar mendakwa, dia telah membangkitkan isu tersebut sejak sekian lama kepada menteri-menteri kementerian berkenaan, namun tiada perkembangan lanjut.

“Dah berbuih mulut cakap pasal perkara ini. Nak cerita pun penat. Kami tiada tempat di Bukit Jalil atas alasan sudah penuh sedangkan kami konsisten bagi pingat emas dalam Sukan SEA,” katanya.

Iskandar berkata, ketiadaan pusat latihan telah menyukarkan MSBF mencari atlet pelapis memandangkan wakil yang sedia ada sudah meningkat usia.

“Thor Chuan Leong sudah berusia 38 tahun manakala Moh Keen Hoo 39 tahun. Lim Kok Leong sahaja baru berusia 30 tahun. Jadi kita boleh harapkan Kok Leong sahaja lepas ini.

“Macam mana nak gilap bakat baharu kalau kami sendiri tak ada pusat latihan. Walaupun kami tiada pusat latihan tapi kami konsisten sumbang emas di Sukan SEA sejak 2011, berbanding bola sepak yang dapat peruntukan jutaan ringgit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN