REMBAU 9 April – Polis diminta menyiasat dua menteri Kabinet yang mendakwa kerajaan membuat keputusan menarik diri dari Statut Rom kerana bimbang berlaku rampasan kuasa di negara ini. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan yang dibuat oleh mereka yang berada dalam pentadbiran kerajaan berhubung isu tersebut perlu dipandang serius. “Ada menteri-menteri yang mempolitikkan perkara itu. Sebab itu saya cadangkan menteri berkenaan mesti disiasat kerana ia satu tuduhan.…










