KUALA LUMPUR – Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melenting di laman Instagramnnya kerana mendakwa tidak diberikan tempat duduk sehingga terpaksa berdiri pada malam Anugerah Meletop Era (2019) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil malam semalam. Sharifah Shahirah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 45, berkata, dia kecewa walaupun namanya antara lima calon kategori Penyampai Radio Meletop, pihak penganjur gagal menyediakan tempat duduk untuk dirinya. Menurutnya,…









