Seorang penumpang maut, tiga cedera bas rempuh lori - Utusan Malaysia

Seorang penumpang maut, tiga cedera bas rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI – Seorang penumpang maut manakala tiga lagi termasuk seorang pemandu bas cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang, mangsa, Muhammad Afiq Mohd. Zulkanain, 22, maut semasa sedang dirawat di Hospital Jeli.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jeli, Asisten Superintendan Nik Ahmad Kamil Che Ahmad berkata, kemalangan berlaku apabila bas ekspres yang membawa 24 penumpang sedang dalam perjalanan dari Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bas yang menuju ke Kota Bharu dan Kuala Besut, Terengganu itu melalui jalan berselekoh sebelum pemandunya gagal mengawal kenderaan dan memasuki laluan bertentangan.

“Bas itu terus melanggar bahagian sisi kanan lori. Bas ekspres terbabit terbabas ke dalam longkang menyebabkan mangsa yang duduk di kerusi sebelah atas mengalami cedera sebelum dihantar ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang berasal dari Kampung Kebakat, Wakaf Bharu serta masih menuntut di institut pengajian tinggi itu meninggal ketika menerima rawatan di hospital.

“Kejadian sama juga mengakibatkan pemandu bas berusia 30 tahun parah dan dua penumpang lain cedera ringan.

“Mereka dirawat di Hospital Jeli dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini