Seorang lelaki maut rempuh bas persiaran - Utusan Malaysia

Seorang lelaki maut rempuh bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 23 April – Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Iswara dipandunya melanggar sebuah bas persiaran di Kampung Parit Bugis, Semerah di sini pukul 7.49 petang semalam.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu manakala pemandu bas tersebut tidak cedera.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa berjaya dikeluarkan lebih dua jam kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

Difahamkan pihak bomba mengambil masa lama mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian kerana keadaan kereta remuk teruk selepas melanggar bahagian depan sebelah kanan bas berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini