KUALA LUMPUR 27 April – Perenang muda, Sebastian Soon mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mencipta rekod kebangsaan yang baharu pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2019 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. Perenang berumur 18 tahun itu merangkul pingat emas dengan catatan masa 4 minit 28.34 saat (s) dalam acara rampaian lelaki 400 meter individu. Sebastian, yang mewakili Wilayah Persekutuan memecahkan rekod sebelum ini 4:30.48s yang dipegang…










