SaSha Serum bantu rawat masalah jerawat, jeragat - Utusan Malaysia

SaSha Serum bantu rawat masalah jerawat, jeragat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beauty Empire, pengeluar produk kecantikan berjenama SaSha Serum, mengunjurkan jualan sehingga 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengasas bersama syarikat merangkap duta SaSha Serum, Dania Natasha Zulkiply berkata, unjuran tersebut disumbangkan oleh beberapa faktor se­perti keunikan produknya yang berkualiti selain sambutan menggalakkan daripada pe­langgan sejak produk dipasarkan bermula awal tahun ini.

Menurutnya, SaSha Serum diformulasi khas daripada gabungan beberapa bahan dan herba semula jadi berkualiti tinggi yang mampu memberikan kesan terbaik kepada pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia mengandungi pelbagai khasiat utama yang diperlukan kulit seperti vitamin C dan E, ekstrak mentimun, revinage yang berperanan dalam antipenuaan serta beberapa bahan aktif lain yang diimport khas dari negara luar termasuk Jepun, Itali, Switzerland, Kanada dan London.

“Dengan penggunaan SaSha Serum secara berterusan, ia membantu merawat masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam sekali gus menjadikan kulit lebih halus, segar dan anjal sepanjang hari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut Dania Natasha, kelebihan produk yang ditawarkan pada harga RM69 (30 mililiter) itu turut dilihat berdasarkan jumlah unit yang terjual di pasaran domestik selain bakal me­nembusi pasaran luar negara seperti Brunei dan Indonesia penghujung tahun ini.

Tambah beliau, syarikat me­nyasarkan untuk menambah lebih ramai ejen dan stokis di seluruh negara termasuk memantapkan lagi segmentasi pemasaran sedia ada.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan mendaftar sebagai pengedar boleh meng­hubungi di talian 013-639 7975 atau menerusi Facebook sashahq dan Instagram @sasha.hq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini