TROPICANA Golf and Country Resort (TGCR) kembali dengan promosi Santapan 29 Malam yang akan diadakan bermula 6 Mei sehingga 4 Jun ini. Resort golf terkemuka itu berkata, acara yang diadakan buat kali ke-15 berturut-turut itu akan berlangsung di restorannya yang baru sahaja dibaik pulih, Twenty7 Restaurant and The Palm Coffee House. Katanya lagi, tema yang dipilih pada tahun ini ialah ‘Selera Kampung’ dan pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik…










