SHAH ALAM 28 April – Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam program Santai Teh Tarik bersama empat Putra Mahkota. Menerusi kenyataan akhbar melalui Setiausaha Sulitnya, Saidatul Asyikin Muhammad Johar, penggunaan gambar Tengku Amir Shah tanpa kebenaran rasmi pihak Istana Selangor juga amatlah dikesali. “Rakyat diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu yang mengelirukan tanpa pengesahan rasmi pihak Istana,” katanya menerusi akaun Facebook…










