Sajian sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Sajian sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sempena dengan sambutan Ramadan, hotel Best Western Petaling Jaya akan menyajikan bufet makan malam bertemakan ‘Selera d’Kembali’ di restoran Kembali Kitchen, tingkat enam. Bufet ini akan disajikan mulai 13 Mei hingga 31 Mei depan dengan lebih 100 juadah kegemaran ramai.

Orang ramai boleh menikmati pelbagai hidangan kampung seperti gulai daging kawah, telur itik bersama belimbing masak lemak cili padi, ayam percik Kelantan, daging rendang tok, paru berlada, pucuk manis masak lemak, sotong masak lemak pucuk ubi, udang mongolian, ikan masak tikka, daging kambing goreng lada hitam, kambing bakar, ikan bakar serta sotong masak kalio. Turut disajikan ialah makanan istimewa iaitu daging salai bersama mangga muda masak lemak cili padi.

Hotel ini terletak secara strategik di kawasan perniagaan dan pembangunan baharu Petaling Jaya di Seksyen 13. Dibuka pada November 2014, hotel ini adalah sebahagian daripada Kompleks Centrestage yang menawarkan kemudahan pelbagai fungsi untuk perniagaan, runcit, kerja dan riadah bagi pelbagai peringkat gaya hidup di satu tempat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-7776079 atau emel ke [email protected].

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini