SANDAKAN – DAP berdepan persaingan lima penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sandakan, 11 Mei ini. DAP yang mempertaruhkan Vivian Wong Shir Yee, 30, anak bongsu penyandang kerusi Parlimen Sandakan sebagai calon untuk mempertahankan kawasan itu dicabar calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Sapi. Vivian turut mendapat tentangan tiga calon Bebas iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Abdul…









