SAKHIR, Bahrain 4 April – Pemandu Williams, George Russell kini beralih daripada jentera paling perlahan dalam Formula 1 (F1) kepada pendahulu dalam kejuaraan dunia iaitu Mercedes AMG Petronas, semalam, dan anak muda itu menikmati perubahan tersebut apabila muncul pelumba terpantas dalam sesi ujian di Bahrain. Pelumba berusia 21 tahun dari Britain itu, merupakan pemenang Formula 2, tahun lalu, tetapi, persembahannya merudum jatuh sejak melakukan penampilan sulung dalam F1 bersama pasukan…










