KUALA LUMPUR 2 April – Sebuah rumah kayu musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kiara 3, Kampung Segambut Dalam, di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.15 tengah hari.
“Seramai 12 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas dan Sentul di kerah ke lokasi kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tiba di lokasi kejadian, api didapati marak dan berjaya dikawal pada pukul 12.33 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kebakaran telah memusnahkan keseluruhan rumah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN ONLINE











