KUALA LUMPUR 4 April – Ringgit kembali susut daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian disebabkan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga. Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.0810/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0810 ketika ditutup semalam. Ketika ini, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras susut 0.35 peratus kepada AS$69.07 (RM281.81) setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate…










