KUALA LUMPUR 7 April – Kejayaan menamatkan kemarau pingat emas 24 tahun Sukan Asia 2018 menyaksikan regu sepak takraw negara dipilih sebagai penerima Anugerah Khas pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2018. SAM, dalam kenyataan hari ini berkata, regu dibarisi Mohd Syahir Mohd Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Norhaffizi Abdul Razak, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias akan menerima anugerah berkenaan pada majlis gilang-gemilang yang dijadual berlangsung, Rabu ini.…










