KUALA LUMPUR 27 April – Peguam Negara, Tommy Thomas menegaskan, keputusannya menasihati kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom kerana keputusan itu pernah diputuskan oleh Kabinet pada 2011. Jelasnya, Kabinet sewaktu pentadbiran terdahulu pada 18 Mac 2011 bersetuju dengan Statut Rom namun tidak pernah meratifikasikannya dan apa dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah menyambung keputusan terdahulu. Tambah Tommy, berdasarkan perspektif perundangannya yang jelas, adalah sukar untuk tidak meratifikasi statut berkenaan, sekali gus…










