Rakyat Malaysia miliki syabu dicekup - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia miliki syabu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA 4 April – Walaupun pernah ditahan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah, seorang rakyat Malaysia tidak serik malah mengulangi kesalahan sama di Hatyai, selatan Thailand.

Lelaki berusia 55 tahun yang dibebaskan dari penjara pada 2017 kerana memiliki dadah itu, sekali lagi dicekup pasukan polis narkotik daerah Hatyai di sebuah rumah sewa pada pukul 5 petang (waktu tempatan) semalam.

Ketua Polis Hatyai, Kittichai Sakhathavorn berkata, polis menemukan beberapa plastik lutsinar kecil yang mengandungi dadah jenis syabu, kira-kira 32 gram selain alat menghisap dadah dalam bilik suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek telah dihantar pulang ke Malaysia selepas keluar penjara tetapi dia kembali ke Thailand dan berkahwin dengan seorang wanita tempatan,” katanya.

Menurutnya isteri suspek sedang sarat mengandung lapan bulan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini