PUTRAJAYA – Selepas bertarung nyawa selama sembilan hari, seorang rakyat Malaysia yang cedera sewaktu runtuhan batu ketika melancong Taroko Gorge National Park, Taiwan 18 April lalu disahkan meninggal dunia lewat malam tadi. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mangsa, Choo Yip Chean, 44, menerima rawatan intensif selepas gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter yang berlaku di Hualien sebelum meninggal dunia. Jelasnya, beliau sudah bertemu dengan keluarga Yip Chean untuk menzahirkan…










