Pusat urut tawar perkhidmatan seks sejak lapan hari lalu diserbu - Utusan Malaysia

Pusat urut tawar perkhidmatan seks sejak lapan hari lalu diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat urut yang baharu sahaja beroperasi sejak lapan hari lalu diserbu pihak berkuasa dalam Op Noda di Jalan Radin Tengah, Sri Petaling di sini malam tadi kerana didapati turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, serbuan kira-kira pukul 9.05 malam itu telah diketuai oleh pegawainya, Asisten Superintendan Ridhuan Abdul Razak.

“Serbuan diketuai oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan berjaya menahan seramai lima wanita warga Vietnam serta seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pengurus premis berusia dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada pelanggan di dalam premis berkenaan sewaktu serbuan dilakukan dan pemeriksaan mendapati pusat urut tersebut baharu sahaja beroperasi sejak lapan hari yang lalu malah turut menggunakan aplikasi WeChat bagi tujuan promosi untuk menarik pelanggan ke situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut serta dalam op berkenaan adalah sepasukan anggota dari D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, anggota dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menurut Rohazah, siasatan mendapati premis tersebut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan kadar bayaran kira-kira RM170 bagi satu sesi.

“Polis turut merampas sebanyak 12 keping kondom, dua keping kertas jadual kerja, dua helai tuala serta wang tunai berjumlah RM500.

“Pihak DBKL kemudiannya telah merobohkan dinding bilik di dalam premis berkenaan yang telah diubahsuai dan tidak mendapat kebenaran bertulis atau tidak mematuhi syarat-syarat kelululusan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah beliau, premis berkenaan kemudiannya disita untuk tindakan lanjut pihak DBKL mengikut Seksyen 79 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

“Kes disiasat dibawah Seksyen 472B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(b) Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” tegas beliau. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini