KUALA LUMPUR 2 April – Mengata kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang sebagai buruk siku adalah tidak tepat kerana banyak lagi projek lain diseluruh negara dibatalkan kerana kekangan kewangan. Menurut Penyelaras Bersatu Sarawak, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof, banyak projek berkaitan pembangunan di seluruh negara termasuk di Sarawak terpaksa dihentikan kerana masalah kewangan yang “perlu dipulihkan” dan ia dilihat hanya sebagai langkah sementara. Katanya, tidak timbul isu pembatalan projek pembinaan…










