PARIS 15 April – Paris Saint-Germain (PSG) mengalami kekalahan terburuk dalam tempoh 19 tahun apabila dimalukan 1-5 oleh Lille dalam aksi Ligue 1, hari ini. Terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam sebahagian besar perlawanan selepas Juan Bernat dibuang padang pada minit ke-36 nyata menjejaskan PSG. Kekalahan itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan mereka sebagai pendahulu Ligue 1, sebaliknya ia hanya menunda hajat PSG untuk meraikan kejuaraan lebih awal. Dalam perlawanan di…










