GUA MUSANG 9 April – Sebuah bangunan Projek Kelas Khas (Prokhas) diwujudkan di Kampung Aring 5, di sini bagi mengelakkan anak Orang Asli suku kaum Batek terus tercicir dalam pelajaran akibat kedudukan sekolah yang jauh. Pegawai Penyelaras Sekolah Murid Orang Asli Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Azman Jaafar berkata, program Prokhas itu adalah yang pertama di negara ini apabila kelas khas dibuka di kawasan perkampungan orang asli itu sendiri. Beliau berkata,…










