KUALA LUMPUR 1 April – Tenaga Nasional Berhad (TNB) membangunkan satu lagi Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Bukit Selambau, Kedah bernilai RM180 juta yang mencerminkan komitmen TNB untuk menyalurkan tenaga mesra alam bagi keperluan negara dan kesejahteraan rakyat. Projek tersebut yang dibangunkan oleh TNB Bukit Selambau Solar Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh TNB Renewables Sdn. Bhd. (TRe) melibatkan pemasangan 134,880 panel solar fotovoltaik di tapak seluas 50 hektar.…










