PRK Sandakan: Pemimpin muda demi kelangsungan kepimpinan masa depan negara - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Pemimpin muda demi kelangsungan kepimpinan masa depan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Malaysia memerlukan pemimpin muda untuk memastikan kelangsungan kepimpinan negara pada masa hadapan, kata calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Beliau berkata jika belia diberi peluang sekarang, golongan itu pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas demi kebaikan rakyat dan negara.

“Golongan muda adalah masa depan kita, dan kita perlu memanfaatkan khidmat mereka sekarang untuk memberi harapan dan membina sebuah Sandakan yang dinamik,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana PRK Sandakan di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wong, 30, anak kepada penyandang kerusi Parlimen Sandakan mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, berkata walaupun masih muda, beliau menganggap mempunyai pengalaman lebih daripada mencukupi setelah berkecimpung dalam arena politik selama lapan tahun menerusi DAP dan membantu bapanya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Kita mesti meneruskan semangat mendiang bapa saya, selalu turun padang dan mendengar masalah rakyat.

 “Jika anda (pengundi Sandakan) memilih saya, undi anda bukan sahaja untuk saya, tetapi kepada semua termasuk belia dan akan memberi harapan baharu kepada seluruh rakyat di Sandakan,” katanya.

Sebagai rekod, Vivian dicabar calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Sapi.

Vivian turut mendapat tentangan tiga calon Bebas iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Abdul Samad dan Hamzah A. Abdullah. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini