SEREMBAN – Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini berkaitan isu pemasangan gegantung provokasi mengandungi ungkapan berunsur perkauman semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin berkata, pihaknya setakat ini hanya mengambil keterangan daripada saksi-saksi terlibat. “Kita terima satu laporan yang dibuat oleh ‘pihak terganggu’ dengan keadaan itu…










