PRK Rantau: Streram nafi anjur solat hajat untuk dirinya - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Streram nafi anjur solat hajat untuk dirinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya kecil (PRK) Rantau, Dr. S.Streram menafikan wujudnya penganjuran solat hajat untuk beliau sempena sambutan 20 tahun PKR seperti yang ditularkan di media sosial dan diedarkan melalui risalah-risalah kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. 

Jelasnya, perkara berkenaan adalah palsu dan beliau sama sekali tidak tahu menahu mengenai hal itu.

“Saya akan bincang dengan pemimpin saya mengenai perkara ini tapi perkara ini tidak wajar berlaku. Ini boleh timbulkan isu perkauman tapi kita sebagai PH kita nak menyatukan pelbagai bangsa dan agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadir Majlis Perasmian Pasar Malam di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Risalah itu antara lain mengatakan solat hajat, kononnya untuk Streram sempena sambutan 20 tahun PKR akan diadakan di Masjid Imam Haji Kahar, Bandar Ekar pada pukul 7.00 petang esok. 

PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Streram, calon BN dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd. Nor Yassin. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini