Premis jual rokok, minuman keras tak sah diserbu Kastam - Utusan Malaysia

Premis jual rokok, minuman keras tak sah diserbu Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 23 April – Sebuah rumah kedai diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki menjual rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang tidak sah di Pujur Corner, Miri di sini semalam.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam kira-kira pukul 5.30 petang.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan sebanyak 2,000 batang rokok dan 45.39 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM323.40 dengan anggaran jumlah cukai RM2,159.07.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain rampasan seorang individu turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini