PPZ-MAIWP lancar kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat - Utusan Malaysia

PPZ-MAIWP lancar kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 28 April – Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) baru-baru ini melancarkan kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat yang bertujuan meningkatkan pemahaman umat Islam mengenai rukun Islam berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Syukri Yusoff berkata, kempen yang akan berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini merupakan kempen yang pertama di negara ini yang menggabungkan dua rukun Islam.


“Melalui usaha ini diharapkan amalan rukun Islam berkenaan dapat membawa kejayaan kepada individu Islam, masyarakat dan negara secara keseluruhannya,” katanya dalam majlis pelancaran kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat di Wisma PPZ di sini. 

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman ; Pengasas Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd., Padzilah Enda dan Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd., Aminuddin Mohd Nasir.

Memuatkan artikel berkaitan…


Ahmad Syukri menambah, kempen dengan kerjasama rakan strategik Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd. itu merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP sempena menyambut bulan ramadhan tidak lama lagi. 

“Sasaran kempen tersebut adalah kepada para peserta umrah dan haji yang menggunakan pakej agensi pelancongan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pengguna telekung Siti Khadijah.

“Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd juga akan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang akan menyantuni lebih kurang 100 orang golongan asnaf sebagai pengisian kempen itu,” katanya. 



HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini