Politik Johor: PKR kesal Anwar didakwa menangguk di air keruh - Utusan Malaysia

Politik Johor: PKR kesal Anwar didakwa menangguk di air keruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – PKR kesal terhadap satu artikel yang disiarkan dalam portal Malaysiakini hari ini kerana dilihat seolah-olah satu usaha melaga-lagakan kepemimpinan utama Pakatan Harapan (PH).

Artikel yang bertajuk ‘Johor tersepit antara Mahathir dan Anwar’ oleh penulis yang mendakwa dirinya sebagai anak jati Johor itu, mengulas mengenai persaingan antara PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam politik Johor.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tidak senang apabila Presiden partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menangguk di air keruh dalam artikel tersebut, bagi menghuraikan persaingan yang berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya kesal rencana ini umpama satu usaha licik untuk mengadu domba dan melaga-lagakan pimpinan utama PH.

“Untuk mendakwa Anwar Ibrahim ‘menangguk di air keruh’ berkaitan isu Menteri Besar Johor adalah satu fitnah semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fahmi turut menegaskan, Anwar telah menyatakan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu bahawa PKR menyokong penuh keputusan kedua-dua pemimpin Bersatu itu dalam isu Menteri Besar Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini