SERDANG – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap tindakan pemandu bas kilang menggunakan laluan lain sebelum terlibat dalam satu kemalangan sehingga mengakibatkan 11 penumpang maut di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, bas tersebut sepatutnya menghala ke arah MASkargo untuk menurunkan penumpang namun ia menggunakan laluan lain. “Siasatan awal mendapati, pemandu bas berusia…










