Polis rampas ekstasi tiga perisa disorok dalam peket pewangi - Utusan Malaysia

Polis rampas ekstasi tiga perisa disorok dalam peket pewangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 April – Cubaan seorang lelaki menyembunyikan dadah dipercayai jenis ekstasi menggunakan peket pewangi bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila dia ditahan polis semasa berada di dalam sebuah kereta di jalan Taman Desa Harmoni di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, dalam serbuan pada 8.50 malam di tepi jalan itu, polis turut menemukan 67 peket pewangi termasuk enam sampul tiket penerbangan seberat 5,117 gram dianggarkan bernilai RM13,400.

“Pemeriksaan awal mendapati, kesemua serbuk dadah yang diletakkan dalam sebuah beg kertas ditemukan di bonet kereta jenis Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 30 tahun terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peket pewangi dengan pelbagai warna itu mengandungi tiga jenis perisa iaitu teh cina, oren dan anggur,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, dadah jenis ekstasi yang ditemukan itu adalah berbentuk serbuk yang boleh dilarutkan sebelum diminum dan mampu memberi kesan sampingan sehingga 12 jam.

Beliau berkata, dadah berkenaan dipercayai untuk diedarkan di kelab-kelab malam dan boleh menampung kira-kira 400 penagih.

Ismail memberitahu, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan didapati positif methamphetamine itu kini ditahan reman bermula Khamis lalu sehingga esok.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini