KUALA LUMPUR 27 April – Kawalan keselamatan telah dilakukan di Pangsapuri Kos Rendah Taman Keramat Permai, dekat sini bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku di situ. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintenden Zaid Hassan berkata, kawalan itu adalah bagi memastikan tiada kehilangan harta benda di semua kediaman terlibat. Ujarnya, pihaknya telah membuka pos kawalan di hadapan pangsapuri tersebut sehingga perkara ini selesai. “Selain di situ, pihak kita juga akan giat…










